Sunday, August 8, 2010

Salam kepada Semua Blogger

Terima Kasih kerana sudi melawat Laman Blog saya...Maaf kerana masih banyak kekurangan....Insya'allah saya akan perbaikinya dari masa ke semasa....kepada teman-teman semua anda di alu-alukan jika anda ingin berkongsi pendapat atau keresahan hati anda di sini. Terima Kasih tak terhingga dari saya....Ana
Tidak semua wanita dikurniakan dengan kehidupan sempurna. Bila kita melihat ramai kaum-kaum hawa diluar sana yang berkedudukan baik, kadang -kala tersentuh juga hati melihatnya....bukan kerana cemburu mahupun irihati dengan kesempurnaan mereka tapi mengenangkan kehidupan sendiri yang tidak secerah mereka... .bukannya menyesali takdir yang ditetapkan cuma adakalanya hati tidak dapat menahan sebak. Adakah anda melaluinya???

Wanita

Pernah kah kita terfikir betapa indahnya kita menjadi seorang wanita? Daripada zaman kanak -kanak kita  melalui alam kanak-kanak.....leka dengan keindahan waktu itu tidak pernah terfikir kesusahan mahu pun kesengsaraan....itulah zaman indahnya kehidupan kanak-kanak. Melaui fasa kedua kita meningkat ke alam remaja. Mula mengenal keasyikkan alam remaja. Alam remaja bagi perempuan amat indah....itupun bagi mereka yang bernasib baik. Mula mengenal erti remaja yang penuh keasyikkan, keindahan dan juga gelora kehidupan remaja. Gelora bagaikan ombak dilaut andai remaja itu tersilap langkah dalam mencatur kehidupan remajanya ibarat ombak menghempas pantai......Meneruskan kehidupan sebagai seorang wanita melalui fasa perkahwinan, disitulah bermulanya "Kehidupan Seorang Wanita".